Ayayai yang pada minggu ke-12 telah dipintas Masin, pada minggu ini dipintas pula oleh Bote Kanan. peristiwa ini bolehlah dikaitkan dengan pepatah sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. selain itu, pasukan yang telah berjaya menunjukkan peningkatan pada minggu 13 adalah pasukan Campion, Camar Laut, alkaput dan Harimau Melayu.
tiga pasukan terbawah yang dahulunya sering menjadi rebutan alkaput, SanaGol dan abe pijie kini telah diambil alih oleh PureeYeeshtan, London Rioters dan tak lain tidak bukan, abe pijie yang masih belum berjaya menunjukkan peningkatan waktu demi waktu.
dalam pada itu, manager of the week pada minggu ini dirangkul oleh zulhasri wahap dengan kutipan mata sebanyak 63 mata. diharap, semua pasukan terus menunjukkan peningkatan dan tidak ada yang putus kawan semata-mata permainan yang tidak memberikan apa-apa hasil ini.

selain itu, ucapan tahniah ditujukan kepada pasukan futsal CV1 yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 untuk pesta riangria futsal batch jan'07. kejayaan yang ditempa bukanlah hasil daripada mana-mana individu tetapi dengan berkat usaha yang ditunjukkan oleh ahli pasukan dan semangat kesukanan yang jitu.
namun begitu, pujian kepada rakan sekelas yang telah cuba menjayakan kejohanan ini bagi mencukupkan korum pemain kerana kecederaan yang melanda kem civil, beberapa pemain tidak dapat diturunkan. terima kasih juga kepada saki baki pasukan civil chicks yang memberikan sokongan yang tidak menyertai kejohanan kerana juga dilanda masalah kecederaan.

1 comment:
same2.. hehe
Post a Comment