Wednesday, April 28, 2010

Perasmian Slot Terbaru dalam blog ini: Slot Senyumlah Kampung

Hari tu Yang Mulia Putera Aftus ada bagi idea untuk buatkan macam slot 'Senyum Kambing-SuratKabar Utusan' dalam blog Puisi Si Puteh ni. Aku bukanlah orang yang reti bab lukis2 komik. Jadi tanpa berpikir panjang-panjang (takut pikir panjang sangat tak siap lah ini slot..) , aku main sebat ajalah lukis dalam paint.

Mulanya ingat nak guna je gambar-gambar yang berlambak dalam folder, pastu tulis caption je. Tapi macam tak ori plak kan? ceh.. So ni hasil kerja yang tak lawa.. Ah, terima je lah..

Awal-awal aku lukis bulat dengan petak.. Last-last ntah bentuk apa jadinya.. siap ada air liur terpercik.


Kemudian aku mula berpikir nak cari tajuk.. Disebabkan aku dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana kampung, aku ambik je nama kampung. Hehehe...




Ini isu yang pertama 'Senyumlah Kampung'.. Baca elok-elok ya. Yang belah kanan tu start dialog! Isi aku tak tahu nak letak apa.. Kalau tak cukup besar, klik je lah. Nak donlod boleh, bayar singgit.

Watak yang aku keutarakan adalah Mat Kampung dan Abdul Urban yang selalu bertikam lidah dan berludah demi menegakkan kebenaran. Yang pastinya isu remeh seperti tempat tinggal dan kucing mengiau akan menjadi isu..

Mat Kampung seorang yang biasa-biasa, tinggal di Kampung Palong. Semua keadaan kau boleh ganggu beliau namun bab makan dan tidur, DILARANG kacau...

Manakala Abdul Urban pula tinggal di dalam Pusat Beli Belah The Summit.. Urban kan? Beliau gemar bergaya dengan gel rambut brand Brilkrim dan Adipas.. Jauhlah berbeza dengan Mat Kampung yang kadang-kadang mandi pun idak..

Sebarang penambahbaikan akan kami buat dari semasa ke semasa.. Dan tidak lupa, watak tiada kena mengena dengan makhluk yang ada atau tiada.

Sekian dulu dari aku. Nak tarik becha pulop.. Samekommm..

Mari berkenalan bersama....

Weehuuuu!

Assalamualaikum... waalaikumsalam...

Jom2... lama dah rasanye aku tak menulis.. nak kata busy.. ntah la... nak kata malas... ntah la... tapi aku try la rajin2 pasni... anyway... back to the topic.. aku nak kenalkan korang dengan 2 orang lagi co-author blog ni... ya... sila beri tepukan untuk co-author pertama kita... clap-clap... bo... eh... silap... putera aftus...

okeh.. jom kita kenal2 dengan putera aftus dulu... weeehuuuuu!

1) Die ni hensem... kalau korang tengok muka die.. perghh.. tak tumpah macam sape tu... alaaa.... ni haaa.... brad pitt.... klu tak brad pitt... macam tu haaa.... abang hans isaac...

2) Badan die tough... kalau die masuk wrestling.. konfem popular... lagi popular daripada vince mcmahon.. (harap2 korang kenal la...)

3) suara die sedap sangat... kalau nyanyi tu... perghhh... tak terkata....

4) putera aftus ni orangnye pun rajin... wat kerja tak pernah meniru... wat kerja cermat... untung siape yang amik die kerja nanti..

5) ni last... putera aftus ni seorang yang kaya.. kereta die je dah ada.. jap kira.... 3.... eh eh.. silap2.. 4 kereta... haa... kaya tak kaya putera aftus ni...

okeh... stakat ni.. aku tulis 5 je... nanti kalau ad masa lebih.. aku tulis lagi la... harap sesi kali ni dapat merapatkan lagi tali pusat antara korang & putera aftus... untuk penarik beca.. tunggu sat ea.. jap lagi aku kenalkan ko pulak...


p/s --> sebelum aku chow... aku nak mintak maaf kt sume yang baca post ni sebab untuk pengetahuan korang... aku ni kuat menipu... so.. paham2 lah ye.... hehe....

Sunday, April 25, 2010

Keputusan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor (TERKINI)

BN menang majoriti 1000 lebih mendahului calon PKR, Dato' Zaid Ibrahim.

Undi untuk pihak BN datang daripada kawasan majoriti melayu, sementara undi untuk PKR datang daripada kawasan yang kurang bin dalam IC mereka.


HULU SELANGOR 25 April — Berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan hari ini.

1. P. Kamalanathan (BN): 24,997

2. Datuk Zaid Ibrahim (PKR): 23,272

Jumlah mengundi/Votes cast: 48,935

Peratus/Percentage: 75.87

Undi rosak/Spoilt votes: 731

Majoriti/Majority: 1,725

Undi pos/Postal votes: BN (767), PKR (120)

Penyandang/Incumbent: Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (meninggal dunia 25 Mac) (tewaskan Datuk G. Palanivel: BN)

Undi diperoleh/Votes polled: 2008:23,177

Majoriti/Majority: 198

- Bernama

sekian, harap maklong.

Saturday, April 24, 2010

Selamat Berkenalan

Aku tak sangka akhirnya blog ni menjadi kolabrosi. Eja macam mana kolobrasi ni aku pun tak pernah betul mengejenye. Kalau difikirkan memang best ada blog gabung-gabung ni sebab ia menggunakan minda kepala otak beberapa orang. Kalau pikir sorang-sorang boleh bawak gila kadang-kadang. Eh, apa kejadahnya aku melalut sampai di sini?

Tujuan aku menulis entri ni adalah untuk menghidupkan kembali blog ni yang berapa tahun ntah tak apdet2. Woi matla! Si Putih la sangat! Tajuk blog pun aku rasa nak tukar.. hahahaha. Ade ke patut puisi si putih? Tak pernah pulak aku membaca entri puisi disini. Tak pa lah, aku bersifat tak kisah, kalau nama blog macam ni pun aku 'steady' je. Hehehe.

Lama tak menulis. Ah, tak pa lah. Sampai disini dahulu. Lain kali menulis lagi..

Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang