Tuesday, September 27, 2011

Ayayai FC goyah dalam gameweek ke-6

walaupon tanpa tonggak utama yang diharapkan, Ayayai FC (382 mata) masih dipuncak dengan pencabar terdekat iaitu Bote Kanan yang dipimpin nasir bilal khan a.k.a mok dari kursus kejuruteraan mekanikal dengan markah total 371 mata. secara amnya, semua pasukan merudum dengan ketiadaan runi yang diharap untuk menjadi kapten pasukan. dengan kehadiran dua pasukan baru, yakni bote kanan yang lalu menyapu tangga kedua yang dahulunya diduduki oleh dashing4men FC yang pada minggu ini ibarat sudahlah jatuh ditimpa tangga, kemudian diludah pula yang pada minggu ini hanya menduduki tempat keempat. apalah nak jadi dengan dashing4men fc ni.

walaubagaimanapun, kehadiran skuad abe piji hanyalah untuk menyedapkan hati pasukan sanagol fc dengan menyapu tangga terbawah liga dengan hanya mengutip 30 mata untuk gameweek keenam. ketiadaan runi betol-betol mengakibatkan mata pada minggu ini merudum teruk, kita boleh lihat pasukan puriyeestan yang sedari gameweek 1 telah bergantung harap kepada runi kini hanya menyapu tangga keenam yang dulunya bongkak ketika berada di atas liga.

takhta manager of the week jatuh kepada musta yoyo yang memimpin alkaput fc dengan jumlah 56 mata.

Friday, September 23, 2011

selamat hari jumaat!

assalamualaikum w.b.t.

hari ini hari jumaat, semua orang tahu, kat malaysia ni yang hari ni hari jumaat. hari jumaat yang juga digelarkan sebagai penghulu segala hari bak kata buku teks di sekolah menengah dulu, ada chapter yang bertajuk, jumaat sayyidul ayyam, yang kalau di translate kepada bahasa melayu, bukan ayam jadinye, tapi hari, manakala sayyid tu pulak maksudnya penghulu atau ketua. jadi tajuk chapter tu secara ringkasnya adalah jumaat penghulu segala hari.



istimewanya hari jumaat ni berbanding hari-hari lain ialah dengan adanya solat jumaat yang fardhu ain dikerjakan oleh lelaki-lelaki yang sudah cukup umur. ha, dengan kata lain, wajib pergi sembahyang jumaat ni, bukan wajibul ghunnah, tapi wajib. wajibulghunnah tu tajwid yang mewajibkan kita untuk dengung sekurang-kurangnya dengan dua harakat. (betulkan ustad kalau salah).

tajuk ringkas tulisan aku hari ini adalah "macam mana nak tau kalau kita sembahyang jumaat masuk dekat rakaat kedua nanti nak kena tambah berapa rakaat lagi sebab aku masbuk?" haaa... amacam? ringkas kan? aku pon takreti nak ringkaskan tajuk tu nak jadi macam mana lagi ringkas. jadi begitulah tajuk tulisan hari ni. yang dekat atas yang tulisan besar tu tajuk juga, cuma kalau tulis tajuk aku yang super ringkas ni, dah jadi perenggan pulak kan.

okeh, tadi sesedang aku membuat material preparation untuk lab minggu depan, aku ade mendengar ceramah ustaz azhar, dia berkata siap dengan hujjahnya sekali, mu nak tau hujjah dia, pergi cari sendiri, tok sey aku nok nulih mula apo hok dio kecek ke aku meta tadi. secara ringkasnya, jika kita masuk solat jumaat dalam rakaat kedua, kita hanya perlu ganti satu rakaat, walaubagaimanapun, sekiranya kita masuk di tahiyat akhir, kita perlu mengganti empat rakaat. pasal apa? pasal ada hadith yang diriwayat oleh abu hurairah yang berbunyi, sekiranya dapat satu rakaat bersama imam maka dapatlah jumaat. so, kalau tak dapat satu rakaat, yakni masuk selepas imam rukuk pada rakaat kedua, makanya kene ganti 4 rakaat dalam istilah lain, ganti dengan sembahyang zuhur.

itu je yang aku nak sampaikan, semoga secebis ilmu ini memberi manfaat kepada pembaca samaada lelaki mahupun perempuan. nabi ada bersabda, sampaikanlah daripada aku walaupon satu ayat. therefore, renung-renungkan dan selamat beramal!!

w.taufik.w.w.w

p/s: label dibawah sengaja dibiarkan sabtu, kepada pembaca yang bakal membaca blog ini pada hari sabtu.

p/s2: w.taufik.w.w.w tu di cilok daripada lawak nama panjang yang tersebar di internet. sila google jika ingin tahu isi kandungan lawak tersebut.

Monday, September 19, 2011

Ayayai FC kekal di atas liga

seperti minggu-minggu lepas, ayayai fc yang diterajui oleh pengurus azri yusoff masih ditempat pertama tanpa sedikit goyah walaupon sudah minggu kelima bpl berlangsung dengan jumlah markah 338. dengan 42 point dikutip dalam gameweek 5 dengan majoriti disumbangkan oleh pemain-pemain syaitan merah, pasukan beliau telah berjaya melepasi paras average pemain-pemain liga fantasi di seluruh dunia. dengan jumlah dalam lebih kurang 40 point dihadapan pencabar ke dua, yakni hafiz izhar dengan pasukan dashing4manFC dengan 297 mata kedudukan yang kukuh buat pasukan ayayai fc yang hanya perlu menjarakkan mata untuk gameweek akan datang.


walaubagaimanapun, masin fc, balongan fc, campion, londonrioters dan alkaput telah berjaya naik ke tangga atas berbanding gameweek sebelumnya. dengan kebangkitan alkaput yang sering menyapu tempat terakhir ke tempat kedua terakhir telah memberi kejutan kepada sanagol fc yang lantas menggantikan alkaput di tangga terbawah. namun, kedudukan sibil liga fpl ini masih diawal musim. harus dilihat samaada ayayai fc mampu bertahan di atas liga hingga ke penghujung musim.

Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang