Tuesday, December 06, 2011

London Rioters mengamuk, Masin FC tidak tergugat

dalam gameweek 14 yang telah lalu, Masin FC telah melanjutkan penguasaan ke atas Sibil Liga dengan mengungguli liga buat 3 minggu berturut-turut yakni rekod kedua tertinggi bagi pemegang tampuk teratas selepas Ayayai iaitu 10 kali berturut-turut. empat pasukan teratas masih kekal tidak digugat mana-mana pasukan iaitu Masin FC, Bote Kanan, Ayayai FC dan nate fc.

5 pasukan telah menunjukkan peningkatan iaitu balongan FC, Camar Laut, SanaGol FC, Harimau Melayu dan London-Rioters. sungguhpun hanya peningkatan 1 tangga, London-Rioters (LR) telah membuktikan kepada semua pasukan yang pasukan tangga terbawah juga mampu untuk mampir sebagai manager of the week untuk gameweek 14 ini. dengan 88 mata dikutip pada minggu lalu, LR telah memintas Puri Yeeshtan FC yang selama ini selesa berada di tangga ke 12 liga.

empat pasukan yang mengalami penurunan tangga ialah, Dashing4men fc, Campion, Alkaput dan Puri Yeeshtan. penurunan tangga mendadak oleh Campion daripada tangga ke 5 ke tangga ke 10 merupakan penurunan terpantas dalam liga ini. anugerah penurunan secara konsisten pula mesti ditujukan kepada Puri Yeeshtan FC yakni kita sedia maklum, PYFC sebelum ini pernah menduduki tangga ke-2 dalam liga untuk gameweek 4.

akhir kata, 1 sibil, 2 sukan! majulah futsal dan badminton untuk sibil!

No comments:

Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang