Saturday, May 28, 2011

hidup


hidup kita mesti berprinsip. prinsip yang sepatutnya semua orang islam di dunia ini pegang adalah dengan prinsip hidup akhirat. orang yang berpegang kepada prinsip hidup akhirat tidak akan sesekali meninggalkan dunia, tetapi mereka yang berprinsipkan hidup dunia pasti akan meninggalkan akhirat.

apakah prinsip hidup akhirat itu? kita mestilah mengerjakan apa yang disuruh oleh Maha Pencipta dan meninggalkan segala laranganNya. orang yang mengingati akhirat, pasti tidak akan meninggalkan dunia. sebabnya, jika di dunia tidak sempurna amalannya, pasti akhirat tidak akan selamat.

sebagai contoh, orang yang mengingati akhirat akan mengingati suruhan Tuhan, temasuklah sehingga perkara kecil sekalipun. semuanya adalah anugerah daripada Yang Maha Tinggi, Allah S.W.T. mereka tidak akan melakukan kerja sewenang-wenangnya. jika mereka memimpin, mereka tidak akan korup, jika mereka berniaga, mereka tidak akan menipu, jika mereka mengusahakan kilang-kilang kimia, mereka tidak akan sesekali mencemarkan alam sesuka hati kerana apa yang dilakukan didunia ini akan di perlihatkan kembali di akhirat kelak.

namun, mereka yang berpegang kepada prinsip hidup dunia akan bertungkus lumus melakukan semuanya hanya kerana untuk kesenangan di dunia semata-mata. sesungguhnya Rasul kita ada bersabda, "sesuungguhnya sesuatu apa yang dilakukan bergantung kepada niat." apa yang di hajati, pasti akan tertunai dengan izin Allah S.W.T. sekiranya mereka menipu dalam berniaga semata-mata untuk mendapat keuntungan, mereka akan beroleh keuntungan atas izin Allah. sekiranya mereka korup dalam memimpin, mereka akan berjaya dengan izin Allah.



tapi, adakah itu yang anda mahukan? kesenangan tanpa redha Allah dan orang-orang yang dianiaya kamu di dunia? adakah itu suatu keseronokan yang abadi jika anda beroleh sesuatu kekayaan dengan cara kotor, dengan menindas orang-orang disekeliling? keseronokan yang tidak berkekalan yang hanya membawa kebahagiaan di dunia. itupun kalau Allah izinkan hidup bahagia.

ingat, akhirat masih ada. bagi sesiapa yang hidup hanya untuk dunia, jaga-jagalah nasib anda di akhirat kelak. sekiranya apa yang dikerjakan adalah mengikut syarak, anda selamat, jika tidak, jangan harap anda boleh terlepas.

p/s: aku tak la perfect, tapi at least, trying hard to be one. i am not holier than any of you.

Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang

There was an error in this gadget