Friday, January 28, 2011

Hikayat Maharaja Malubun al Hijrah

Sekadar gambar hiasan

Arakian di sebuah negara terdapat seorang Maharaja yang bernama Raja Malubun al-Hijrah seorang maharaja yang sangat berjiwa rakyat. Rakyat di negara itu tersangatlah sayangkan baginda. Seperti isi dengan kuku, Raja Malubun akan turun padang yakni pergi dari satu rumah ke satu rumah untuk menikmati makanan tengah hari.

Adanya suatu tahun, Raja Malubun telah girang gemilang menyatakan hasrat baginda untuk menjelajah ke rumah-rumah kampung. Perkara ini teramatlah mengejutkan para pembesar dan penyimpan mohor akan karena tidaklah pernah baginda berbuat demikian. Melihat seekor pacat pun tidak pernah apatah lagi tinggal di rumah kampung.

Rakyat kampung mula sibuk berhipokrit untuk menyediakan tempat tinggal yang paling selesa buat baginda. Baginda pergi ke rumah on the spot. Secara rambang. Dan dipilih baginda adalah sebuah rumah yang nun paling hujung. Pak Samdul nama pemiliknya.

Pak Samdul tidaklah gundah gulana akan kerana beliau seorang rakyat yang sedar diri. Miskin tetaplah miskin ujarnya. akhirnya beliau menghidangkan nasi berlauk ulam dan budu sahaja. Baginda Malubun teramatlah murka! Baginda Malubun mengarahkan tentera berkuda supaya meruntuhkan rumah usang berkenaan.

moralnya: ada ke patut malubun print dan hardbound sampai seratus ringgit?

Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang