Friday, May 28, 2010

konsep berhibur

oh ya, blog ini sudah sekian lama tak diupdate dan hari ini, aku merasakan tanggungjawab itu telah jatuh ke atas bahu aku untuk menulis entry di blog ini. takut pula nanti blog ini bersawang pula. hari ini, aku ingin membincangkan segmen hiburan dari kaca mata aku dan korang, selaku pembaca. hiburan bagi aku ialah sesuatu perkara yang mampu membuat aku teruja, terketawa, terberasa seronok malah tergembira seketika.

selain itu, hiburan juga sangat elok untuk kesihatan ya, kerana ia boleh memanjangkan jangka hayat seseorang mengikut kajian sains la (tapi kalo ajal da sampai mati juga). jangan percaya sangat kajian sains ni. kalo nak diikutkan teori bongok darwin pon x boleh diikut. ade ke manusia dtg dari beruk. ish3..

ni aku nak kongsi sikit hiburan yang recently aku layan kat youtube. lu jangan x gelak tengok cite ni. kalo diikutkan, sape x gelak boleh kene sebat kat halkom.





p/s: lu jangan ingat senang nak buat scene wheelie tractor mcm dalam cerita ni.. hebat bukan? lagi satu, walaupon hero dia kuat, hebat, tapi dia berhati penyayang.. keh3..

Wednesday, May 12, 2010

Senyumlah Kampung : Edisi Dua


Klik untuk tumbuhsaran

Untuk pengetahuan umum (tuan tuan dan puan puan), kami selaku sidang redaksi Puisi Si Puteh sedang menempuhi peperiksaan. Jadi, doa-doakan lah kejayaan kami ye? Kejayaan kami, kejayaan anda juga.

Sebarang kesulitan akibat tidak apdet amat dikesali. Hehehehee..


Sekian harap maklumat.

Wednesday, May 05, 2010

senyumlah walau apa pun yang berlaku....

Wehuu... we we wehuuuu....

assalamualaikum....

lama dah rasanye ana tak menulis kat belog ini. al-maklumlah... ana ni kuat... kuat macam2... kuat apa tu ana pun tak pasti lah... harapan ana ente-ente sume ni sihat-sihat lah...

hari ni aku nak tulis pasal pengalaman aku masa sekolah rendah... time tu aku darjah 4 kelas paling atas... (^..^)<--- hidung kembang tu.. haha... cerita ini adalah cerita sebenar... bukan rekaan tau..

time tu aku blaja kelas matematik... cikgu panggil aku wat kat papan hitam.. aku pun selamba pegi la ke papan hitam tu... dengan mudah aku menyelesaikan problem yang ada kat depan tu... aku senyum kegembiraaan...

tapi malangnya... Ku sangka panas sampai ke petang... rupa-rupanya hujan di tengah hari!!

CIKGU AKU PANGGIL AKU & PANG!!!!! penampar sebijik kat muka aku....

sebabnye aku wat tanda 'sama dengan' tak satu line!!! (tgk contoh kat bawah)

die suruh wat camni-->
1 + 1 = 2
3 + 2 = 5
5 x 2 = 10

aku wat camni-------->
1 + 1 = 2
3 + 2= 5
5 x 20 = 100

Yang best tu... lepas kene penampau sepam... aku senyum kat cikgu tu!!!! WOAHH!!! korang leh wat camtu x??? senyum selepas dihadiahkan penampar... hehehe....

Puteh: senyum je walau ape pun yang berlaku... time ni aku tak tau la apa aku pikir.. ade ke senyum lepas kene penampar... hehe... sengal tol...

Puisi tak Puisi: Pernahkah dikau termalu sendirian?

Puisi tak Puisi: Pernahkah dikau termalu sendirian?

Tadi aku mahu pegi rempit..
Sampai dekat motor..
Aku cucuk-cucuk kunci..
Apadehal tak buleh masuk??????????

Aku cucuk pusing atas bawah, tak jugak berkesan..
Ada orang sabotaj ka?????????
Ni motor aku ke sapa yang punya?
Aku pun tengok la nombor plat..
Ihhh, Nombor plat dah betui dah.. Nohorosss..

Aku rasa kat situ jugak aku nak mengamuk.
Tengah aku marah-marah..
Aku baru perasan..
Yang aku duk cucuk kunci bilik, Apasal? Riyalll!! Hihi.
Kan dah termalu sendirian disitu.

Nasib baik joyah,
tak ada orang..
Kalau dak, aku lontar helmet kuat-kuat.. Ehehehe.

Aku pun menyanyi "Kau kunci cintaku didalam hatimuu"
sambil menunggang motor pergi..




Ditulis Olih:
Penarek Becha,
Bandar dalam taman, 5:40p.m, di TV2

macam puisi dak?

Tuesday, May 04, 2010

demokrasi terpimpin

sedang aku melepak sambil menonton tivi, tiba-tiba terpacul keluar perkataan demokrasi terpimpin daripada corong bunyi tivi tersebut. bukanlah tivi berjenama soni, mahupon penesonic, apatah lagi pensonik, tapi hanyalah tivi yang berjenama wina.. ya, wina.. kalo awek bernama wina, terbayang rupa yang cantik, mulus, tulus, gebu, manja.. untuk kaki-kaki stalker, yang nampak cun sikit terus saja add as fren, memang laju trus saja klik bukan sekali, tapi berkali-kali.

****

sebelum aku terlupa, skuad puisi si puteh telah berjaya menjalankan lawatan rasmi ke sekitar kuala lumpur pada hujung minggu yang lalu. tujuan skuad kami ke KL adalah untuk mendapatkan hubungan diplomatik dan menambah ilmu ke'urban'an kami yang serba kekurangan. lawatan kami telah disambut secara baik oleh ironman2 di times square pada pukul 5 petang.. walaubagaimanapon, layanan ironman2 tidak begitu memuaskan hati aku kerana, terdapat commentator disebelah aku lalu mematikan nafsu menonton secara total. macam riyal. dirham betul perangai.

****

aku akhiri post kali ini dengan serangkap pantun.

tuai padi antara masak,
esok jangan dituai lagi,
intai kami antara nampak,
kalo rajin drop komen kat sini.

kehkehkehkehkehkeh

p/s: baru aku perasan, xulas tajuk lgsg.. haha

Monday, May 03, 2010

Roy dan Jijah: Chapter 1, Terjebak dalam 'Uncertainty'.

Lama pulak nak tunggu Bapa Politik, Putera Aftus apdet bab politik seantero.. Jadi terimalah cerpen yang gue bikin seadanya (dah lama terperap dalam kompiter ni..)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Roy dan Jijah: Chapter 1, Terjebak dalam 'Uncertainty'.


Petang itu, suasana kelihatan lain sekali.. Seolah-olah tiada haru biru akan berlaku.. Biasalah, suasana kampung. Jauh dari jilatan modenisasi.

Nun di pinggir dusun Pak Khoiri, tampak dua orang muda mudi sedang lepak di atas bangsal. Kebiasaannya Pak Khoiri kutip buah rambutan petang-petang begini, tapi tidak pula hari ini. Orang tua tu sakit sendi barangkali. Tak pun perut masuk angin. Ah, lupakan saja lah kisah Pak Khoiri. Aku nak cerita benda lain ni..



Roy dan Jijah (sori lukisan cam ape ntah)


Ajijah: Roy.. Roy tak rasa ke nak sambung blajar? Jijah tengok Roy ni tak produktif langsung semenjak habis SPM ni..

Roy: Bukannya Roy tak nak, Jijah.. Jijah tengok lah keadaan Roy skarang ni..

Ajijah (memotong laju): Kenapa? Jijah tengok Roy ok semacam jee.. Cuma bulu kaki je makin lebat..

Roy: Haa, lawak la kau Jijah.. Lawak..! Jarang kau nak buat lawak ni.. (berpaling ke arah bucu kaki lima bangsal-merajuk)

Ajijah: Eh, niat Jijah cuma mau hiburkan hati Roy yang gundah gulana.. Tak bermaksud pun nak menyindir Roy. Roy janganla marah.. Nanti Jijah belanja eskem pedel pop, eyh?. Apa sbenarnya tak kena Roy?

Roy:Tu la Jijah.. Jijah tengok pada luaran je.. di dalam siapa yang tahu..

Ajijah: Ala Roy.. Kalau Roy ada masaelah, bitau la Jijah.. Mana tau Jijah boleh jernihkan yang keruh, paterikan yang putus..

Roy: Hm.. Yang sebenarnya.. Roy... Roy..


bersambung..



p/celahan:


Aku mau lukis macam watak ni, tapi jadi macam atas tu je. Tak apa lah..


Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang

There was an error in this gadget