Saturday, December 17, 2011

PYFC menunjukkan peningkatan

seperti anda semua sedia maklum, hampir semua pasukan telah berjaya mengekalkan kedudukan kecuali 6 pasukan, iaitu Ayayai FC yang memintas Bote Kanan lalu naik ke tangga ke-2 dan Puri Yeeshtan FC yang memintas London Rioters dan naik ke tangga ke-12. hal ini disebabkan oleh kutipan mata dibawah paras purata yang dikutip BK lalu mengakibatkan kejadian ini berlaku.

Harimau Melayu meningkat dari tangga ke 8 ke tangga ke 7 setelah memintas SanaGol FC dengan perbezaan mata sebanyak 1 mata. kedudukan yang masih belum kukuh dan masih boleh berubah bila-bila masa dalam gamweek 16 ini.

manakala peningkatan PYFC memotong LR pula disebabkan oleh motivasi yang diperoleh manager PYFC setelah dihentam dalam minggu lalu. walau bagai manapun, ini adalah peningkatan yang pertama sejak beberapa minggu yang telah kita lalui, PYFC yang selama ini sering merudum telah mula menunjukkan peningkatan.

manager of the week untuk minggu ini jatuh kepada Abdullah Khafif yang menunjukkan peningkatan dan kutipan mata sebanyak 59 mata.

Tuesday, December 06, 2011

London Rioters mengamuk, Masin FC tidak tergugat

dalam gameweek 14 yang telah lalu, Masin FC telah melanjutkan penguasaan ke atas Sibil Liga dengan mengungguli liga buat 3 minggu berturut-turut yakni rekod kedua tertinggi bagi pemegang tampuk teratas selepas Ayayai iaitu 10 kali berturut-turut. empat pasukan teratas masih kekal tidak digugat mana-mana pasukan iaitu Masin FC, Bote Kanan, Ayayai FC dan nate fc.

5 pasukan telah menunjukkan peningkatan iaitu balongan FC, Camar Laut, SanaGol FC, Harimau Melayu dan London-Rioters. sungguhpun hanya peningkatan 1 tangga, London-Rioters (LR) telah membuktikan kepada semua pasukan yang pasukan tangga terbawah juga mampu untuk mampir sebagai manager of the week untuk gameweek 14 ini. dengan 88 mata dikutip pada minggu lalu, LR telah memintas Puri Yeeshtan FC yang selama ini selesa berada di tangga ke 12 liga.

empat pasukan yang mengalami penurunan tangga ialah, Dashing4men fc, Campion, Alkaput dan Puri Yeeshtan. penurunan tangga mendadak oleh Campion daripada tangga ke 5 ke tangga ke 10 merupakan penurunan terpantas dalam liga ini. anugerah penurunan secara konsisten pula mesti ditujukan kepada Puri Yeeshtan FC yakni kita sedia maklum, PYFC sebelum ini pernah menduduki tangga ke-2 dalam liga untuk gameweek 4.

akhir kata, 1 sibil, 2 sukan! majulah futsal dan badminton untuk sibil!

Friday, December 02, 2011

Ayayai sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula

setelah merampas takhta liga daripada Ayayai FC, Masin FC telah berjaya mengekalkan posisi untuk minggu kedua berturut-turut yang selama ini telah diterajui oleh Ayayai untuk 11 minggu. hal ini menunjukkan program peningkatan pasukan Masin FC telah membuahkan hasil dengan membuat review sepanjang minggu bagi memastikan point maksimum mampu diperoleh dengan bergaya.

Ayayai yang pada minggu ke-12 telah dipintas Masin, pada minggu ini dipintas pula oleh Bote Kanan. peristiwa ini bolehlah dikaitkan dengan pepatah sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. selain itu, pasukan yang telah berjaya menunjukkan peningkatan pada minggu 13 adalah pasukan Campion, Camar Laut, alkaput dan Harimau Melayu.

tiga pasukan terbawah yang dahulunya sering menjadi rebutan alkaput, SanaGol dan abe pijie kini telah diambil alih oleh PureeYeeshtan, London Rioters dan tak lain tidak bukan, abe pijie yang masih belum berjaya menunjukkan peningkatan waktu demi waktu.

dalam pada itu, manager of the week pada minggu ini dirangkul oleh zulhasri wahap dengan kutipan mata sebanyak 63 mata. diharap, semua pasukan terus menunjukkan peningkatan dan tidak ada yang putus kawan semata-mata permainan yang tidak memberikan apa-apa hasil ini.



selain itu, ucapan tahniah ditujukan kepada pasukan futsal CV1 yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 untuk pesta riangria futsal batch jan'07. kejayaan yang ditempa bukanlah hasil daripada mana-mana individu tetapi dengan berkat usaha yang ditunjukkan oleh ahli pasukan dan semangat kesukanan yang jitu.

namun begitu, pujian kepada rakan sekelas yang telah cuba menjayakan kejohanan ini bagi mencukupkan korum pemain kerana kecederaan yang melanda kem civil, beberapa pemain tidak dapat diturunkan. terima kasih juga kepada saki baki pasukan civil chicks yang memberikan sokongan yang tidak menyertai kejohanan kerana juga dilanda masalah kecederaan.

Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang