Tuesday, November 08, 2011

natey fc mengamuk sama seperti Bolton Wanderes

biarpun penyu fc kalah kepada rusa fc pada minggu lalu, semangat skuad natey fc pula berkobar-kobar sehingga dilihat seperti mengamuk bagai harimau betina setelah dicuit anaknya. dengan mengutip sebanyak 87 mata telah menyebabkan skuad pimpinan kolo ulu ini melonjak naik daripada tangga ke-6 ke tangga ke-4 liga justeru menyapu gelaran manager of the week untuk gameweek ke-11. biarpun skuad ini hanya diformasikan dalam minggu ke-2, kepimpinan kolo ulu nyata terserlah setelah khabarnya, t-team telah cuba melamar kolo ulu sebagai pembantu jurulatih untuk musim mendatang.

Ayayai FC seperti biasa selesa di atas dan sedang dikejar Masin FC yang telah berjaya memintas Bote Kanan dengan mengutip 76 mata pada gameweek ini. Dashing4men FC juga telah memintas Campion dan berada di tempat ke-6 liga di bawah Balongan FC yang dipintas natey fc pada gameweek ini. SanaGol FC yang pada minggu di belakang selesa dalam 3 tangga terbawah kini telah meningkat naik ke tangga ke-8 liga dan telah mula memberikan persaingan dalam Sibil Liga.

Alkaput juga telah mula mengorak langkah menuju keluar daripada 3 pasukan terbawah yang kini diganti oleh Puri Yeeshtan FC dan London-Rioters. abe pijie masih di posisi asal yakni tangga terbawah walaupun minggu demi minggu telah berlalu, namun abe pijie sentiasa dikecewakan dengan jumlah mata yang tidak berganjak dan hanya melayakkannya berada ditempat beliau berada sekarang.


bagi mengulas situasi liga head to head pula, masin masih kekal dengan rekod tanpa kalah dan berada di puncak liga. namun begitu, ada ura-ura mengatakan, yang liga head to head baru akan di buka bagi memberi ruang kepada pasukan lain yang masiih belum mendaftar untuk mendaftar segera. keputusan adalah seperti berikut.


kepada pasukan yang belum berjaya diharap akan bersabar. kepada yang berada di atas jangan berlagak, kerana bila-bila masa sahaja anda boleh jatuh kebawah. ibarat kata orang tua-tua, hidup ini bagaikan roda, taik memang selalu terkena, emas permata teramatlah jarang sekali. namun apabila terkena emas permata sakit-sakit badan pula walau tiada busuknya.

No comments:

Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang