Monday, October 24, 2011

the magnificent six - abe pijie masih dibawah liga

kemampuan Manchester City membelasah Manchester United di gelanggang sendiri telah mengejutkan banyak pihak yang rata-ratanya tidak percaya dengan keputusan permainan dan lantas mencubit pipi sekuat hati bagi memastikan keputusan yang telah dicapai hanyalah sebuah mimpi. namun, apa yang telah berlaku adalah mustahil dapat diubah kerana ianya telah tercatat dalam sejarah bahawa pada 23-10-2011, Manchester City telah berjaya membolosi gawang yang telah dijaga oleh de Gea sebanyak 6 gol. kejadian ini telah disifatkan sebagai bad day bagi pakcik fergie yang pada minggu lalu telah bersama-sama pakcik mancini memprank seluruh alam fantasi football dengan menurunkan pemain utama di akhir perlawanan pada minggu lalu.

ulasan Sibil Liga

Ayayai FC dan Bote Kanan masih gagal diganggu gugah kedudukan mereka selesa dengan jarak 30 mata antara Ayayai FC dan Bote Kanan dan juga jarak 30 mata antara Bote Kanan dan Masin FC. Masin FC baru sahaja memintas Balongan FC pada gameweek ini dan telah menjarakkan mata sebanyak 8 mata yang dikutip melalui Van der Vaart dan Silva. form yang telah ditunjukkan natey fc pada minggu ini telah membuahkan hasil dengan pasukan natey fc telah berjaya memintas pasukan Harimau Melayu dan Campion sekali gus dengan mengutip mata sebanyak 63 mata pada minggu ini lalu dinobatkan sebagai manager of the week pada minggu ini. SanaGol FC juga telah menunjukkan peningkatan walaupon masih berada dalam kelompok tiga terbawah dengan memotong Alkaput dengan jarak 1 mata.

kebergantungan kepada defend chelsea dan manchester united telah membawa padah kepada beberapa pasukan dengan dihadiahkan mata negatif pada gameweek ini. sumbangan mata negatif ini tidak lain tidak bukan adalah kerana kad yang dilayangkan kepada pemain-pemain chelsea, dan kebolosan yang tidak dapat dinafikan oleh manchester united. ura-ura penukaran pemain secara beramai-ramai akan dilakukan bagi mengubat kekecewaan yang melanda pengurus-pengurus pasukan dalam Sibil Liga.

ulasan Sibil Liga (HTH)

Masin FC berada dipuncak liga pada minggu ini dengan mengutip 6 mata dalam gameweek 9 setelah mematahkan serangan abe pijie dengan beza hanya 1 mata, juga Alkaput telah mengalahkan Campion hanya dengan beza 1 mata, manakala natey fc telah membelasah Puri Yeeshtan FC sehingga kehilangan upaya dengan keputusan 63 berbalas 28, dan Balongan FC telah mengalahkan Harimau Melayu dengan keputusan 45 berbalas 26.

rata-rata pasukan yang mengalami kekalahan pada minggu lalu telah mendapat kemenangan pada minggu ini kecuali pasukan abe pijie yang telah mengalami kekalahan berturut-turut dan menyapu tempat terbawah juga untuk Sibil Liga Head to Head. diharap pasukan-pasukan dalam liga ini berusaha lebih keras supaya berjaya meraih kemenangan di akhir musim.




No comments:

Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang