Friday, November 04, 2011

SanaGol FC telah menunjukkan muscle!

4 tangga teratas masih tiada perubahan pada minggu ini dan telah menunjukkan sedikit perubahan dalam perbezaan mata antara Masin FC dan Bote Kanan yang mana, Masin FC telah berjaya merapatkan jurang mata kepada 8 mata. ramalan awal pada minggu ini, kemungkinan Masin FC akan memintas Bote Kanan disebabkan form Bote Kanan yang semakin merudum minggu demi minggu.

walaupun begitu, Ayayai FC masih gah di puncak liga dengan jarak 43 mata mendahului Bote Kanan dan masih berada dalam zon selesa dengan hanya perlu mengutip mata melebihi paras average untuk minggu hadapan untuk kekal di tempat pertama. Campion telah berjaya meningkat naik daripada tangga ke 7 pada minggu lalu ke tangga ke 5 pada minggu ini dengan 467 mata terkumpul. kedudukan tempat ke 5, 6 dan 7 diramalkan persaingan sengit akan berlaku kerana jurang satu dua mata yang membezakan kedudukan mereka.


SanaGol FC melonjak naik 3 anak tangga dengan 62 mata dikutip dalam gameweek 10 telah serta merta mengeluarkan SanaGol FC dari kelompok relegasi yang kini telah di ganti oleh London-Rioters. Alkaput juga cemerlang membuat peningkatan dan berusaha keras untuk keluar dari kelompok relegasi yang dalam minggu-minggu lepas dilihat seperti sudah berputus asa.

namun, abe pijie masih lagi tidak berganjak seperti telah redha akan pasukannya yang berada dibawah liga. diharap abe pijie terus bersabar dan berusaha untuk melonjak naik pada minggu-minggu yang akan datang. dengarnya sudah menyokong Man U, dulu Arsenal. lepas ni Man City pula ya?

manager of the week untuk gameweek 10 telah dinaungkan kepada frem mcgrath kerana jumlah point yang dah tak boleh nak tinggi lagi dah daripada orang lain dengan kutipan 62 mata. mash tiada lagi manager yang mampu mempertahankan gelaran MOTW lebih daripada sekali. untuk manager yang mampu mempertahankan gelaran dalam minggu berturut-turut, ha, dengar cerita pihak pengurusan nak bagi hadiah. buat elok-elok minggu ni. all the best to all, may the best team win!

p/s: update lewat sikit minggu ni kerana ada assignment arab. LOL

No comments:

Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang