Monday, October 03, 2011

abe pijie semakin menjauh

abe pijie masih berada ditakuk lama dengan hanya memperoleh 25 mata untuk gameweek 8, selesa ditempat terbawah liga dengan jumlah kutipan mata hanya 250 mata. kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh pengurus pasukan dengan membuat lebihan pemindahan pemain nampakya telah mula menunjukkan padah kepada pasukan beliau dengan 4 mata telah ditolak menjadikan mata yang sedikit menjadi lebih sedikit. dengan perasaan sedih amoi yang menonton filem the socerer and the white snake, pasukan abe pijie sudah kelihatan seperti tidak menemukan cahaya, walhal masih ada 32 baki perlawanan kerana jurang yang amat besar antara SanaGol FC yakni dengan 35 mata.

walaubagaimanapun, Ayayai FC kembali kepada rentak asal dengan menjarakkan mata dengan pencabar terdekat, Bote Kanan dengan 24 mata. hal ini disebabkan oleh prestasi pasukan Bote Kanan mengalami minggu yang teruk dengan Ashley Young dibangkukan dan kekalahan stok belasah QPR mengakibat pemain pertahanan menyumbangkan -2 mata. walaupun begitu, hanya Bote Kanan saja yang mampu mencabar Ayayai FC dalam masa terdekat. keselesaan Ayayai FC harus digoyahkan agar pengurus pasukan tersebut tidak berada di zon selesa.

harus diberi perhatian, pasukan ditempat ke-3 (Dashing4Men FC) dan ke-4 (Balongan FC) telah mendahului pasukan Masin FC dengan jurang 3 mata antara pasukan ditempat ke-3 dan ke-4, manakala jurang 6 mata di antara ditempat ke-4 dan ke-5. dengan jurang yang sedikit, rebutan bagi tempat ke-3 pada gameweek akan datang menjadi lebih sengit. Campion juga telah meningkat naik daripada tangga ke-7 ke tangga ke-6. manakala pasukan Puri Yeeshtan FC sudah kehilangan sengat dengan kedudukan yang semakin jatuh dalam liga seperti kehilangan roh pemain. keadaan Puri Yeeshtan FC turut sama dirasai oleh pasukan Camar Laut dan London-Rioters yang semakin lama semakin merudum. hanya pasukan Harimau Melayu masih kekal ditangga ke-8 walaupun kedudukan di atas dan di bawahnya sentiasa berubah-ubah.


SanaGol FC yang masih cuba mengeluarkan pasukannya diambang relegasi dengan mengutip 56 mata dan justeru itu, frem mcgrath telah dinobatkan sebagai manager of the week pada gameweek 8. walaubagaimanapun, pasukan SanaGol masih dalam kelompok relegasi. diharap 3 pasukan kelompok relegasi cuba untuk berubah dengan mengumpul lebih mata pada gameweek-gameweek akan datang.

No comments:

Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang