Monday, October 17, 2011

sibil liga post match review

sabtu yang lalu, seluruh dunia telah dikejutkan dengan lawak hampas yang ditunjukkan oleh fergie dan mancini, akibat lawak mereka, lebih 50% pasukan fantasi didunia menanggung akibat yang amat teruk sekali. lawak yang hanya mereka sahaja yang faham dengan menurunkan runi, nani dan silva pada minit ke 70 adalah lawak yang amat tahi sekali. hampir 100% pemain fantasi futball yang aku kenal, yang mempunyai runi sebagai pemainnya telah meletaknya dalam posisi kapten.

berbalik kepada fokus utama artikel ini ditulis yakni untuk memberi komen tentang sibil liga yang telah bermula sejak gameweek 1 lagi. kedudukan Ayayai FC terus gah dengan kutipan mata sebanyak 44 mata pada minggu ini telah menjadikan jumlah mata sebanyak 462 mata keseluruhannya, manakala Bote Kanan yang merungut tidak sempat melakukan pemindahan pemain pada awalnya telah mengutip mata sebanyak 40 mata dan mencucuk rapat Ayayai dengan jumlah mata keseluruhan sebanyak 435.

seperti yang dijangka pada minggu yang lalu, rebutan dalam tempat ketiga dan keempat akan berlaku sedikit perubahan dalam kedudukan pasukan. Balongan FC telah berjaya naik ke tangga ketiga dengan jumlah mata 395 mata keseluruhan oleh sebab kecuaian Dashing4men FC yang hanya mengutip 19 mata dengan jumlah mata sebanyak 388 mata. disebabkan Masin FC telah melakukan perubahan sebanyak 3 orang sebelum gameweek 8, maka, seperti tercatit dalam peraturan, jumlah markah minggu ini akan ditolak sebanyak 8 mata dan mengakibatkan tiada perubahan kedudukan yakni ditempat kelima.

Campion masih berada di tangga keenam diikuti Harimau Melayu yang naik takhta dari tempat kelapan ke tempat ketujuh meninggalkan Puri Yeeshtan FC di tempat kelapan dengan perbezaan mata sebanyak 11 mata. Camar Laut melonjak naik daripada tangga kesepuluh ke tangga kesembilan memintas nate fc. London-Rioters turun tangga selepas berkongsi mata dengan Camar Laut pada minggu lalu.



kelompok relegasi masih diterajui Alkaput, SanaGol FC dan abe pijie yang pada mulanya, abe pijie telah yakin boleh mencantas SanaGol FC, namun harapan beliau telah dimusnahkan dua jahanam, yakni fergie dan mancini kerana menurunkan key player pada minit ke 70. diharap, masih ada sinar untuk pengurus-pengurus pasukan yang mengalami minggu yang teruk pada minggu ini.

title manager of the week jatuh kepada ir bbd dengan pasukan Camar Laut yang mengutip 47 mata pada gameweek ini.

p/s: post-review untuk sibil liga head to head akan dilakukan sebaik sahaja update dilakukan oleh pihak pengurusan fantasy premier league.

p/s: pasukan yang masih belum mendaftar diharap dapat melakukan pendaftaran dalam kadar segera.


2 comments:

oranglidi said...

kelompok relegasi? hhahahahahah.

kudakertas said...

hahaha..bgga syal jd manajer of the week..

Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang