Sunday, December 12, 2010

Hidup..

kadang2 hidup ni gembira.. n kadang2 hidup ni sedih... bak kata ronan keating... life is a rollercaster.. u just hv to ride it.. ada atas ada bawah...

tapi...

bile sedih kadang2 kite susah sgt nak bgun.. kenape? ap sebabnye.. padahal kita tau kita mesti bangkit atau bak kata org putih "bounce back"..

tapi..

kadang2 hati kita yang xnak berubah... kita sengaja biarkan diri dibelenggu perasaan macam tu...

sedih mmg sedih.. tapi..

xkan nak sedih je memanjang... klu korg tnye si puteh... si puteh akan beri masa utk diri ni bersedih n when the time come... i'll bounce back.. fresh start.. fresh mind to face the world again..

adakah aku akan berharap lagi?

itu soalan yang aku sendiri tak boleh nak jawab sekarang.. nak tau sebab ap?


sebab aku tak study lagi!

p/s: jangan terlalu kecewa bila kita diuji. ujian tu penting so kita boleh jadi lebih matang.. tak kesah la dlm ape2 hal pn.. n jangan sia2kan org yang syg pada korg.. they are there for a reason..

Tuesday, December 07, 2010

ini kisah kambing


alkisah terdapat seekor kambing yang disayangi tuannya.
si kambing mempunyai ramai kawan drp pelbagai bangsa haiwan yang selalu mencemburuinya.
si kambing kesayangan selalu endapat layanan istimewa.
tiap minggu kambing itu dimandikan begitu sahaja.

si kambing mempunyai seekor kawan baik iaitu ayam jantan.
ayam jantan selalu bersama-sama si kambing ke mana-mana.
tiap masalah pasti dikongsi bersama.
itulah sahabat sejati namanya.

pada satu malam yang gelap gelita.
si kambing tidur disebelah rakan baiknya.
si ayam rabun malam x nampak apa-apa.
mengharap pertolongan si kambing yang bijaksana.

pada malam hari lainnya.
tuan si kambing mengambil kambing secara tiba-tiba.
membawa si kabing ke dalam kereta.
untuk menjadi teman si tuan yang tiada siapa-siapa.

tuan si kambing minat piala malaysia.
malam itu final piala malaysia pula.
dibawanya kambing ke dalam stadium.
mereka menonton bola live NS vs Kelantan bersama.

setelah tamat perlawanan mereka pun pulang.
naik kereta kambing duduk di belakang.
sampai di ladang sebelum subuh.
si kambing kembali ke tempat tidur dalam gelap gelita.

pagi esok si kambing bercerita.
kepada rakan tentang piala malaysia.
kepada ayam jantan dan yang lainnya.
mampukah mereka mempercayainya?

Friday, July 30, 2010

kemoflaj

hari tu, masa tgh jalan2 kat new village, kerteh, aku dan rakan2 terserempak benda ni.

aku rasa, kucing tu perasan babi. ke babi tu perasan kucing?

Sunday, July 11, 2010

ini kisah kucing

ade seekor kucing. hidung kucing itu besar. lebih besar daripada kucing2 lain. bersusuk tubuh yang kecil. kucing itu kelihatan seperti tidak seimbang semasa berjalan. kadang kala, kucing itu tersadung hidungnya semasa berjalan. alangkah kasihannya kucing itu.

kadangkala, apabila si kucing mahu makan, makanan yang kucing itu makan termasuk kedalam hidung kucing itu. kucing itu sangat kasihan. oleh sebab itu, ketika kucing itu terbersin, seketul ayam pon tidak mustahil untuk kucing itu hamburkan dari hidungnya. hidung kucing itu sangat besar.

apabila kucing itu sudah besar. hidungnya turut ikut membesar. yang peliknya, telinga kucing itu juga turut membesar. tetapi, kucing itu sangat berani. pernah beberapa kali, kucing itu membunuh naga yang berkeliaran di hadapan rumah jagaannya. hal ini disebabkan oleh ilmu persilatan kucing itu yang sangat tinggi. jika terkejut, habis luka2 kawan2 kucingnya dibelasah.

kehebatan kucing itu sangat tidak terlawan. walaupon hidungnya besar, si kucing mampu mengusir sang anjing yang mahu menawan kawasan jagaan kucing yang berhidung besar itu.

sekian kisah kucing.

Friday, May 28, 2010

konsep berhibur

oh ya, blog ini sudah sekian lama tak diupdate dan hari ini, aku merasakan tanggungjawab itu telah jatuh ke atas bahu aku untuk menulis entry di blog ini. takut pula nanti blog ini bersawang pula. hari ini, aku ingin membincangkan segmen hiburan dari kaca mata aku dan korang, selaku pembaca. hiburan bagi aku ialah sesuatu perkara yang mampu membuat aku teruja, terketawa, terberasa seronok malah tergembira seketika.

selain itu, hiburan juga sangat elok untuk kesihatan ya, kerana ia boleh memanjangkan jangka hayat seseorang mengikut kajian sains la (tapi kalo ajal da sampai mati juga). jangan percaya sangat kajian sains ni. kalo nak diikutkan teori bongok darwin pon x boleh diikut. ade ke manusia dtg dari beruk. ish3..

ni aku nak kongsi sikit hiburan yang recently aku layan kat youtube. lu jangan x gelak tengok cite ni. kalo diikutkan, sape x gelak boleh kene sebat kat halkom.





p/s: lu jangan ingat senang nak buat scene wheelie tractor mcm dalam cerita ni.. hebat bukan? lagi satu, walaupon hero dia kuat, hebat, tapi dia berhati penyayang.. keh3..

Wednesday, May 12, 2010

Senyumlah Kampung : Edisi Dua


Klik untuk tumbuhsaran

Untuk pengetahuan umum (tuan tuan dan puan puan), kami selaku sidang redaksi Puisi Si Puteh sedang menempuhi peperiksaan. Jadi, doa-doakan lah kejayaan kami ye? Kejayaan kami, kejayaan anda juga.

Sebarang kesulitan akibat tidak apdet amat dikesali. Hehehehee..


Sekian harap maklumat.

Wednesday, May 05, 2010

senyumlah walau apa pun yang berlaku....

Wehuu... we we wehuuuu....

assalamualaikum....

lama dah rasanye ana tak menulis kat belog ini. al-maklumlah... ana ni kuat... kuat macam2... kuat apa tu ana pun tak pasti lah... harapan ana ente-ente sume ni sihat-sihat lah...

hari ni aku nak tulis pasal pengalaman aku masa sekolah rendah... time tu aku darjah 4 kelas paling atas... (^..^)<--- hidung kembang tu.. haha... cerita ini adalah cerita sebenar... bukan rekaan tau..

time tu aku blaja kelas matematik... cikgu panggil aku wat kat papan hitam.. aku pun selamba pegi la ke papan hitam tu... dengan mudah aku menyelesaikan problem yang ada kat depan tu... aku senyum kegembiraaan...

tapi malangnya... Ku sangka panas sampai ke petang... rupa-rupanya hujan di tengah hari!!

CIKGU AKU PANGGIL AKU & PANG!!!!! penampar sebijik kat muka aku....

sebabnye aku wat tanda 'sama dengan' tak satu line!!! (tgk contoh kat bawah)

die suruh wat camni-->
1 + 1 = 2
3 + 2 = 5
5 x 2 = 10

aku wat camni-------->
1 + 1 = 2
3 + 2= 5
5 x 20 = 100

Yang best tu... lepas kene penampau sepam... aku senyum kat cikgu tu!!!! WOAHH!!! korang leh wat camtu x??? senyum selepas dihadiahkan penampar... hehehe....

Puteh: senyum je walau ape pun yang berlaku... time ni aku tak tau la apa aku pikir.. ade ke senyum lepas kene penampar... hehe... sengal tol...

Puisi tak Puisi: Pernahkah dikau termalu sendirian?

Puisi tak Puisi: Pernahkah dikau termalu sendirian?

Tadi aku mahu pegi rempit..
Sampai dekat motor..
Aku cucuk-cucuk kunci..
Apadehal tak buleh masuk??????????

Aku cucuk pusing atas bawah, tak jugak berkesan..
Ada orang sabotaj ka?????????
Ni motor aku ke sapa yang punya?
Aku pun tengok la nombor plat..
Ihhh, Nombor plat dah betui dah.. Nohorosss..

Aku rasa kat situ jugak aku nak mengamuk.
Tengah aku marah-marah..
Aku baru perasan..
Yang aku duk cucuk kunci bilik, Apasal? Riyalll!! Hihi.
Kan dah termalu sendirian disitu.

Nasib baik joyah,
tak ada orang..
Kalau dak, aku lontar helmet kuat-kuat.. Ehehehe.

Aku pun menyanyi "Kau kunci cintaku didalam hatimuu"
sambil menunggang motor pergi..




Ditulis Olih:
Penarek Becha,
Bandar dalam taman, 5:40p.m, di TV2

macam puisi dak?

Tuesday, May 04, 2010

demokrasi terpimpin

sedang aku melepak sambil menonton tivi, tiba-tiba terpacul keluar perkataan demokrasi terpimpin daripada corong bunyi tivi tersebut. bukanlah tivi berjenama soni, mahupon penesonic, apatah lagi pensonik, tapi hanyalah tivi yang berjenama wina.. ya, wina.. kalo awek bernama wina, terbayang rupa yang cantik, mulus, tulus, gebu, manja.. untuk kaki-kaki stalker, yang nampak cun sikit terus saja add as fren, memang laju trus saja klik bukan sekali, tapi berkali-kali.

****

sebelum aku terlupa, skuad puisi si puteh telah berjaya menjalankan lawatan rasmi ke sekitar kuala lumpur pada hujung minggu yang lalu. tujuan skuad kami ke KL adalah untuk mendapatkan hubungan diplomatik dan menambah ilmu ke'urban'an kami yang serba kekurangan. lawatan kami telah disambut secara baik oleh ironman2 di times square pada pukul 5 petang.. walaubagaimanapon, layanan ironman2 tidak begitu memuaskan hati aku kerana, terdapat commentator disebelah aku lalu mematikan nafsu menonton secara total. macam riyal. dirham betul perangai.

****

aku akhiri post kali ini dengan serangkap pantun.

tuai padi antara masak,
esok jangan dituai lagi,
intai kami antara nampak,
kalo rajin drop komen kat sini.

kehkehkehkehkehkeh

p/s: baru aku perasan, xulas tajuk lgsg.. haha

Monday, May 03, 2010

Roy dan Jijah: Chapter 1, Terjebak dalam 'Uncertainty'.

Lama pulak nak tunggu Bapa Politik, Putera Aftus apdet bab politik seantero.. Jadi terimalah cerpen yang gue bikin seadanya (dah lama terperap dalam kompiter ni..)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Roy dan Jijah: Chapter 1, Terjebak dalam 'Uncertainty'.


Petang itu, suasana kelihatan lain sekali.. Seolah-olah tiada haru biru akan berlaku.. Biasalah, suasana kampung. Jauh dari jilatan modenisasi.

Nun di pinggir dusun Pak Khoiri, tampak dua orang muda mudi sedang lepak di atas bangsal. Kebiasaannya Pak Khoiri kutip buah rambutan petang-petang begini, tapi tidak pula hari ini. Orang tua tu sakit sendi barangkali. Tak pun perut masuk angin. Ah, lupakan saja lah kisah Pak Khoiri. Aku nak cerita benda lain ni..



Roy dan Jijah (sori lukisan cam ape ntah)


Ajijah: Roy.. Roy tak rasa ke nak sambung blajar? Jijah tengok Roy ni tak produktif langsung semenjak habis SPM ni..

Roy: Bukannya Roy tak nak, Jijah.. Jijah tengok lah keadaan Roy skarang ni..

Ajijah (memotong laju): Kenapa? Jijah tengok Roy ok semacam jee.. Cuma bulu kaki je makin lebat..

Roy: Haa, lawak la kau Jijah.. Lawak..! Jarang kau nak buat lawak ni.. (berpaling ke arah bucu kaki lima bangsal-merajuk)

Ajijah: Eh, niat Jijah cuma mau hiburkan hati Roy yang gundah gulana.. Tak bermaksud pun nak menyindir Roy. Roy janganla marah.. Nanti Jijah belanja eskem pedel pop, eyh?. Apa sbenarnya tak kena Roy?

Roy:Tu la Jijah.. Jijah tengok pada luaran je.. di dalam siapa yang tahu..

Ajijah: Ala Roy.. Kalau Roy ada masaelah, bitau la Jijah.. Mana tau Jijah boleh jernihkan yang keruh, paterikan yang putus..

Roy: Hm.. Yang sebenarnya.. Roy... Roy..


bersambung..



p/celahan:


Aku mau lukis macam watak ni, tapi jadi macam atas tu je. Tak apa lah..


Wednesday, April 28, 2010

Perasmian Slot Terbaru dalam blog ini: Slot Senyumlah Kampung

Hari tu Yang Mulia Putera Aftus ada bagi idea untuk buatkan macam slot 'Senyum Kambing-SuratKabar Utusan' dalam blog Puisi Si Puteh ni. Aku bukanlah orang yang reti bab lukis2 komik. Jadi tanpa berpikir panjang-panjang (takut pikir panjang sangat tak siap lah ini slot..) , aku main sebat ajalah lukis dalam paint.

Mulanya ingat nak guna je gambar-gambar yang berlambak dalam folder, pastu tulis caption je. Tapi macam tak ori plak kan? ceh.. So ni hasil kerja yang tak lawa.. Ah, terima je lah..

Awal-awal aku lukis bulat dengan petak.. Last-last ntah bentuk apa jadinya.. siap ada air liur terpercik.


Kemudian aku mula berpikir nak cari tajuk.. Disebabkan aku dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana kampung, aku ambik je nama kampung. Hehehe...




Ini isu yang pertama 'Senyumlah Kampung'.. Baca elok-elok ya. Yang belah kanan tu start dialog! Isi aku tak tahu nak letak apa.. Kalau tak cukup besar, klik je lah. Nak donlod boleh, bayar singgit.

Watak yang aku keutarakan adalah Mat Kampung dan Abdul Urban yang selalu bertikam lidah dan berludah demi menegakkan kebenaran. Yang pastinya isu remeh seperti tempat tinggal dan kucing mengiau akan menjadi isu..

Mat Kampung seorang yang biasa-biasa, tinggal di Kampung Palong. Semua keadaan kau boleh ganggu beliau namun bab makan dan tidur, DILARANG kacau...

Manakala Abdul Urban pula tinggal di dalam Pusat Beli Belah The Summit.. Urban kan? Beliau gemar bergaya dengan gel rambut brand Brilkrim dan Adipas.. Jauhlah berbeza dengan Mat Kampung yang kadang-kadang mandi pun idak..

Sebarang penambahbaikan akan kami buat dari semasa ke semasa.. Dan tidak lupa, watak tiada kena mengena dengan makhluk yang ada atau tiada.

Sekian dulu dari aku. Nak tarik becha pulop.. Samekommm..

Mari berkenalan bersama....

Weehuuuu!

Assalamualaikum... waalaikumsalam...

Jom2... lama dah rasanye aku tak menulis.. nak kata busy.. ntah la... nak kata malas... ntah la... tapi aku try la rajin2 pasni... anyway... back to the topic.. aku nak kenalkan korang dengan 2 orang lagi co-author blog ni... ya... sila beri tepukan untuk co-author pertama kita... clap-clap... bo... eh... silap... putera aftus...

okeh.. jom kita kenal2 dengan putera aftus dulu... weeehuuuuu!

1) Die ni hensem... kalau korang tengok muka die.. perghh.. tak tumpah macam sape tu... alaaa.... ni haaa.... brad pitt.... klu tak brad pitt... macam tu haaa.... abang hans isaac...

2) Badan die tough... kalau die masuk wrestling.. konfem popular... lagi popular daripada vince mcmahon.. (harap2 korang kenal la...)

3) suara die sedap sangat... kalau nyanyi tu... perghhh... tak terkata....

4) putera aftus ni orangnye pun rajin... wat kerja tak pernah meniru... wat kerja cermat... untung siape yang amik die kerja nanti..

5) ni last... putera aftus ni seorang yang kaya.. kereta die je dah ada.. jap kira.... 3.... eh eh.. silap2.. 4 kereta... haa... kaya tak kaya putera aftus ni...

okeh... stakat ni.. aku tulis 5 je... nanti kalau ad masa lebih.. aku tulis lagi la... harap sesi kali ni dapat merapatkan lagi tali pusat antara korang & putera aftus... untuk penarik beca.. tunggu sat ea.. jap lagi aku kenalkan ko pulak...


p/s --> sebelum aku chow... aku nak mintak maaf kt sume yang baca post ni sebab untuk pengetahuan korang... aku ni kuat menipu... so.. paham2 lah ye.... hehe....

Sunday, April 25, 2010

Keputusan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor (TERKINI)

BN menang majoriti 1000 lebih mendahului calon PKR, Dato' Zaid Ibrahim.

Undi untuk pihak BN datang daripada kawasan majoriti melayu, sementara undi untuk PKR datang daripada kawasan yang kurang bin dalam IC mereka.


HULU SELANGOR 25 April — Berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan hari ini.

1. P. Kamalanathan (BN): 24,997

2. Datuk Zaid Ibrahim (PKR): 23,272

Jumlah mengundi/Votes cast: 48,935

Peratus/Percentage: 75.87

Undi rosak/Spoilt votes: 731

Majoriti/Majority: 1,725

Undi pos/Postal votes: BN (767), PKR (120)

Penyandang/Incumbent: Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (meninggal dunia 25 Mac) (tewaskan Datuk G. Palanivel: BN)

Undi diperoleh/Votes polled: 2008:23,177

Majoriti/Majority: 198

- Bernama

sekian, harap maklong.

Saturday, April 24, 2010

Selamat Berkenalan

Aku tak sangka akhirnya blog ni menjadi kolabrosi. Eja macam mana kolobrasi ni aku pun tak pernah betul mengejenye. Kalau difikirkan memang best ada blog gabung-gabung ni sebab ia menggunakan minda kepala otak beberapa orang. Kalau pikir sorang-sorang boleh bawak gila kadang-kadang. Eh, apa kejadahnya aku melalut sampai di sini?

Tujuan aku menulis entri ni adalah untuk menghidupkan kembali blog ni yang berapa tahun ntah tak apdet2. Woi matla! Si Putih la sangat! Tajuk blog pun aku rasa nak tukar.. hahahaha. Ade ke patut puisi si putih? Tak pernah pulak aku membaca entri puisi disini. Tak pa lah, aku bersifat tak kisah, kalau nama blog macam ni pun aku 'steady' je. Hehehe.

Lama tak menulis. Ah, tak pa lah. Sampai disini dahulu. Lain kali menulis lagi..

Friday, September 11, 2009

Mak aihhh..... Ikan Besar ke?????

Pada suatu hari di bulan 9 atau 10 tahun 2001... (time aku drjah 6 di Sekolah A bukan nama sebenar).

Aku pegi lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.

Mak aku belikan bekal KFC. die kata suruh makan untuk sarapan pagi.

Bas bertolak kul 4.30 pagi. Sarapan sepatutnye pukul 7-8 pagi.

Tapi ape kes ak msuk bas pada kul 4.15 pagi terus makan KFC tu???? Apo aku nak makan time sarapan nanti???

Aku bernasib baik. Sarapan disediakan. Nasi lemak beserta Air mineral.

First destination. TUGU NEGARA MALAYSIA.

Aku dengan excitednye pergi menaiki tangga untuk ke TUGU NEGARA tersebut.

Mmbe2 suruh aku amek gambar mereka berlatar belakangkan tugu.

Aku capai kamera beliau dan melangkah ke belakang sedikit.

EH!!!! x cukup pulak nak masuk gambar. Besor smacam tugu nih.

Aku melangkah ke belakang lagi.. dan lagi... dan lagi...

dan lagi......

TIBA-TIBA... AKU BASAH!!!!!!!!!!




Aku jatuh kolam kat Tugu Negara Malaysia rupenye.....




Tugu Negara Yang Tenang Sebelum Insiden


Kebelakang dan kebelakang dan jatuh
(Kronologi Kejadian)


Puteh : Bangga menjadi orang pertama di dunia yang jatuh ke dalam takungan air di sana...
Ada budak tanye aku ada ikan besar ke dlm kolam tu walaupun die nampak aku dah basah kuyup... ape punye perangai daa...

Wednesday, September 02, 2009

Saya nombor 3... Anda Pula Nombor Berapa?

Kategori orang-orang:

Adakah Anda -->

1) X jujur - Orang yang kentut tapi salahkan orang lain.

2) Bengong - Orang yang tahan kentut berjam2.

3) Yakin Diri - Orang yang kentut dengan lantang.

4) Sadis - Orang yang kentut dalam selimut lalu dikebaskan baunya.

5) Strategik - Orang yang sembunyikan bunyi kentut dengan ketawa kuat2.

6) Misterius - Orang yang kentut tapi x dapat dikesan.

7) Gugup - Tiba2 kentut apabila disergah.

8) Periang - Kentut pastu senyum sorang2.

So?? Whats it gonna be??

Puteh : Pilih tu btul2... xguna klu korang tpu diri sendiri... aku seorang yang yakin diri.. btul r aku rasa mnde ni... aku rasa makin yakin setiap hari.. kentut pun makin kuat.. org kata makin kuat kentut makin yakin diri.. org kata...haha..

Tuesday, September 01, 2009

Angin yang ikut senang...

Salamatlekom sedara...

EH!!!! Korg rupenye... igt sapo tadi... dah agak dah korg msti dtg bca blik blog ni..

Haa.... alang2 sedara dah kt sni... aku citer r kat korg psal sorg pelajar ni.. nama die x perlu la korg tau... kesian die... aku nak je letak...tp jg r hati die kn.. Ok2.. straight to our story... Kejadian ni terjadi time kelas matematik kitorg... kelas sejam je... seperti biase... aku msuk lambat sket drpd rakan2 sekelas aku... biase la kn... orang mude mmg msuk lmbat... x urban r klu msuk awal2 ni... haha...

Aku dtg ke pntu dgn perasaan sedikit cuak... ye r.. urban2 pn.. leh kne marah gak o'??? haa... aku x ktuk pntu... aku tolak je trus pntu tu.. nsib bek r lecturer aku tu cool je mengajar kt dpan tu.. aku msuk dgn muka orang lambat yg bersebab... innocent je muke aku... tp still hnsem r.. haha... ngarut...

Aku seperti biasa.. ikut senang je.. aku nmpak tmpat kosong kt kanan tengah kelas... straight target tmpat tu trus.. aku pn melabuhkan punggung kt kerusi... prett.... trkentut sket... haha... tu memain je.. Kat sebelah kanan aku ad 2 org bdak cine duduk.. belah kanan aku pulak ad 3 org melayu duduk..

Bla..bla..bla...pot pet pot pet.. uhuk2 sket...

Cmtu la kelas aku.... kelas sejam tapi rs lamo ejang... Camona nih?? Rasa mengantik dah ni... mata aku ni mkin kuyu je.. bdak sebelah aku dah tdo dah.. blah knan cina tdo.. belah kiri melayu tdo... aku kt tgh2 nak tdo tp kantoi plak kang.. ada three of a kind plak kt line ktorg... hmmm... apo den nak wat ni??

Bla..bla..bla...pot pet pot pet.. uhuk2 sket...

Ble mau abes ni jang?? Rasa lama semacam je.. Bdak tepi aku ni tdo lg.. tersengguk2.. tgh2 tu.. diam2 je sume tgh wat exercise.... PRHOOD!!!!!!

Sume pelajar yg berada dlam 2m radius memandang sorang pelajar ni...(lama dah watak utama ni x enterframe.. citer pasal die ni...).. sume org pndang cam x prcaya wa ckp lu... Tu bunyik cirit ke.. kentut ke xtau r.. x dpt nak dipastikan.... bunyik tu mmg solid.. lengkap sume cam baru keluar studio muzik... Bass + Trebble + Fade + Harmony sume ad... ko ckp je ap.. mmg ad.. hahaha... ktorg pn gelak r kaw2 punye... Moment yg sgt2 rare... gelak punye gelak lecturer pn ckp kelas dah abes... KELAS ABESS??? Gelak lg kuat r... HAHAHAHAHA...

Pasni korg pikir2 r dlu klu nak melepas... menurut pengalaman beliau... kentut ni xleh nak predict.... angin kntut ni perangai die ikut senang gak... die rs nak lepas kuat die buat je... haha... Tu lah citer aku kali ni.. next time korg nak dtg gtau r aku... aku sdiakan biskut meri n air sirap cair.. hehe...

Puteh : Len kali klu nak melepas, lepas la sket2.. biar busuk.. tp x kuat... nnti klu bau naik, ko tnjuk org yg duk sbelah korg.. xkan tu pn aku nak ajar?? Renung2kan lah ye sedara n sedari....




Saturday, August 29, 2009

Perihal Bulan Ramadhan

Assalamualaikum....

Ni first post aku nih.. Aku nak crite sket pasal bulan Ramadhan 2009... Mnde ni terjadi pd hari pose ke 8... hari ni aku buka pose sorang baiii... sdih x sedih dengar o'... nak djadikan cerita.. aku mcm dah tau2 je nnti knfm ak buke pose sorang satu hari nnti... skali jadi btul daaaa... mule2 brbuke pose 4 org... next 2 days 3 org je... next day nye pulak 2 org je... haaaaa... camona tu jang???

First day ktorg hepi je.. sume ad... third day tu sorang mmber aku kne la kuarantin plak.. die suspek H1N1.. dah sudah... satu hal la plak... kang klu positif x psl2 aku gak yg kne jangkit.. risau2... Next day mmbe aku sorg lagi g buke pose brsama isteri beliau.. Wangi sungguh tme nak kuar tu... Al-Maklumlah... nak jumpe org tersayang... xkan nak busuk lak kan... tp ok ap bsuk2 sket.. original punye bau ketiak... hahaha.. geli baii... tinggal la aku n rumate aku ni haa...

Ktorg ikut senang je... kul 6 g kafe bli makanan.. kul 6.20 ligan g bilik smula... Then tunggu la time buke.. Tp xde la duk tercenguk je dpan mkanan.. tu org len... Aku x.. Aku ni penyabar... haha...

AllahuAkbar.. AllahuAkbar...

AZANNNNN!!!! LIGAN2!!!
Azan berkumandang.. aku pn mamanjangkan tangan mencapai sesuatu yg ktorg panggil UNTA... Unta tu sbnarnye KURMA.. nm kne la syok sket o'... bru r urban... haha.. mkan unta dlu... pastu pekena air kelapa yg rs gula semata2... time mkn aku ckp... "ESOK KONFEM AKU BUKE POSE SORANG2".....

Skrg ni aku buke sorang2... Masin sgt ke mulut aku nih?? huh....

Puteh2... ni la nasib ko Puteh...

Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang