Showing posts with label cerpen yang tak macam cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen yang tak macam cerpen. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Hikayat Maharaja Malubun al Hijrah

Sekadar gambar hiasan

Arakian di sebuah negara terdapat seorang Maharaja yang bernama Raja Malubun al-Hijrah seorang maharaja yang sangat berjiwa rakyat. Rakyat di negara itu tersangatlah sayangkan baginda. Seperti isi dengan kuku, Raja Malubun akan turun padang yakni pergi dari satu rumah ke satu rumah untuk menikmati makanan tengah hari.

Adanya suatu tahun, Raja Malubun telah girang gemilang menyatakan hasrat baginda untuk menjelajah ke rumah-rumah kampung. Perkara ini teramatlah mengejutkan para pembesar dan penyimpan mohor akan karena tidaklah pernah baginda berbuat demikian. Melihat seekor pacat pun tidak pernah apatah lagi tinggal di rumah kampung.

Rakyat kampung mula sibuk berhipokrit untuk menyediakan tempat tinggal yang paling selesa buat baginda. Baginda pergi ke rumah on the spot. Secara rambang. Dan dipilih baginda adalah sebuah rumah yang nun paling hujung. Pak Samdul nama pemiliknya.

Pak Samdul tidaklah gundah gulana akan kerana beliau seorang rakyat yang sedar diri. Miskin tetaplah miskin ujarnya. akhirnya beliau menghidangkan nasi berlauk ulam dan budu sahaja. Baginda Malubun teramatlah murka! Baginda Malubun mengarahkan tentera berkuda supaya meruntuhkan rumah usang berkenaan.

moralnya: ada ke patut malubun print dan hardbound sampai seratus ringgit?

Sunday, July 11, 2010

ini kisah kucing

ade seekor kucing. hidung kucing itu besar. lebih besar daripada kucing2 lain. bersusuk tubuh yang kecil. kucing itu kelihatan seperti tidak seimbang semasa berjalan. kadang kala, kucing itu tersadung hidungnya semasa berjalan. alangkah kasihannya kucing itu.

kadangkala, apabila si kucing mahu makan, makanan yang kucing itu makan termasuk kedalam hidung kucing itu. kucing itu sangat kasihan. oleh sebab itu, ketika kucing itu terbersin, seketul ayam pon tidak mustahil untuk kucing itu hamburkan dari hidungnya. hidung kucing itu sangat besar.

apabila kucing itu sudah besar. hidungnya turut ikut membesar. yang peliknya, telinga kucing itu juga turut membesar. tetapi, kucing itu sangat berani. pernah beberapa kali, kucing itu membunuh naga yang berkeliaran di hadapan rumah jagaannya. hal ini disebabkan oleh ilmu persilatan kucing itu yang sangat tinggi. jika terkejut, habis luka2 kawan2 kucingnya dibelasah.

kehebatan kucing itu sangat tidak terlawan. walaupon hidungnya besar, si kucing mampu mengusir sang anjing yang mahu menawan kawasan jagaan kucing yang berhidung besar itu.

sekian kisah kucing.

Monday, May 03, 2010

Roy dan Jijah: Chapter 1, Terjebak dalam 'Uncertainty'.

Lama pulak nak tunggu Bapa Politik, Putera Aftus apdet bab politik seantero.. Jadi terimalah cerpen yang gue bikin seadanya (dah lama terperap dalam kompiter ni..)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Roy dan Jijah: Chapter 1, Terjebak dalam 'Uncertainty'.


Petang itu, suasana kelihatan lain sekali.. Seolah-olah tiada haru biru akan berlaku.. Biasalah, suasana kampung. Jauh dari jilatan modenisasi.

Nun di pinggir dusun Pak Khoiri, tampak dua orang muda mudi sedang lepak di atas bangsal. Kebiasaannya Pak Khoiri kutip buah rambutan petang-petang begini, tapi tidak pula hari ini. Orang tua tu sakit sendi barangkali. Tak pun perut masuk angin. Ah, lupakan saja lah kisah Pak Khoiri. Aku nak cerita benda lain ni..



Roy dan Jijah (sori lukisan cam ape ntah)


Ajijah: Roy.. Roy tak rasa ke nak sambung blajar? Jijah tengok Roy ni tak produktif langsung semenjak habis SPM ni..

Roy: Bukannya Roy tak nak, Jijah.. Jijah tengok lah keadaan Roy skarang ni..

Ajijah (memotong laju): Kenapa? Jijah tengok Roy ok semacam jee.. Cuma bulu kaki je makin lebat..

Roy: Haa, lawak la kau Jijah.. Lawak..! Jarang kau nak buat lawak ni.. (berpaling ke arah bucu kaki lima bangsal-merajuk)

Ajijah: Eh, niat Jijah cuma mau hiburkan hati Roy yang gundah gulana.. Tak bermaksud pun nak menyindir Roy. Roy janganla marah.. Nanti Jijah belanja eskem pedel pop, eyh?. Apa sbenarnya tak kena Roy?

Roy:Tu la Jijah.. Jijah tengok pada luaran je.. di dalam siapa yang tahu..

Ajijah: Ala Roy.. Kalau Roy ada masaelah, bitau la Jijah.. Mana tau Jijah boleh jernihkan yang keruh, paterikan yang putus..

Roy: Hm.. Yang sebenarnya.. Roy... Roy..


bersambung..



p/celahan:


Aku mau lukis macam watak ni, tapi jadi macam atas tu je. Tak apa lah..


Puteh? Siapa dia?

Pengikut Yang Ikut Senang